Webmail Login
Copyright Umno Cawangan Bukit Ampang © 2008

Tel : 0162090740 Email : admin@umnobktampg.net

"Jadilah seperti pancang pengikat sampan, sekali air bah,sekali pantai berubah, namun pancang berganjak tidak sekali"

- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang

Nota
Segala yang dipamerkan disini adalah rintihan dari pandangan ahli cawangan dan pandangan masyarakat sekeliling serta keratan artikel akhbar bukan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh UMNO Cawangan Bukit Ampang.
Ruangan IKLAN
H.I. HOLDINGS SDN. BHD.

Kami menyediakan perkhidmatan mencetak buku majalah dan lain-lain lagi.100% bumiputera. Hubungi kami di 03-42970510 atau agent kami di 016-2190740-Annur

 

H.I. VISION (M) SDN. BHD.

Ingin membuat perfileman atau rakaman animasi audio visual sila hubungi kami di 03-42964613 atau hubungi edy 012-3317240

 

IMAGE AVENUE SDN. BHD.

Percetakan dan pisah warna hubungi En Asri - 016 3370740

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dengan menghadiri mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.Semoga perjuangan ini deberkati selamanya
Event UCBA
Jika anda ingin masukkan iklan anda di ruangan ini sila hubungi 016-2190740 ,016-3370740
RINGKASAN BLOG
Tahniah UMNO BAHAGIAN AMPANG-artikel penuh
 
 Tahniah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang-atikel penuh
 
Ketuanan Melayu Adalah Tunjang Kestabilan Malaysia -artikel penuh
 
 
PR cuba Divert Intention Rakyat kerana gagal laksana manifesto-artikel penuh....
 
Mengapa orang kuat PKR sendiri keluar dari parti itu dan memilih UMNO sebagai pilihannya?
-artikel penuh....
 
 
 
'The Truth Of ANWAR IBRAHIM'-artikel penuh....
 
 
 
"jika yang dimaksudkan Ketuanan Rakyat ini adalah rakyat menjadi tuan maka secara tidak langsung “tanah melayu” yang selama ini disayangi oleh nenek moyang kita telah hilang melayunya artikel penuh....

Jika Karpal berani mempertikaikan keputusan Sultan, kami juga ingin mengingatkan Karpal SIAPA anda untuk menilai keputusan Sultan Perak? Karpal tidak berhak mempersoalkan keputusan kerajaan Negeri Perak dan keputusan Sultan Perak kerana Karpal bukannya Menteri Besar Perak.artikel penuh....

Jangan kompromi - UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu


 


"Kita akan melakukan perubahan dan bersatu demi untuk memperkukuhkan UMNO diperingkat Bahagian"

- Ketua UMNO Bahagian Ampang

Kerajaan punya kapasiti untuk perkenalkan lebih banyak pakej ransangan
10/11/2008 12:45pm

 

KUALA LUMPUR 10 Nov. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Mesyuarat Majlis Ekonomi ketiga hari ini akan memberikan fokus bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan pantas serta memenuhi cabaran tinjauan ekonomi global yang menurun.

Perdana Menteri berkata, majlis itu akan membincangkan kertas kerja pertama mengenai keadaan ekonomi negara, program kerja ekonomi dan keputusan utama yang dilaksanakan oleh majlis itu sehingga ini.

Kertas kedua akan membincangkan mengenai tinjauan ekonomi dan pakej strategik bagi pertumbuhan tinggi dan perubahan struktural, katanya dalam ucapan pembukaan semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di sini hari ini.

Kertas kerja ketiga akan mengupas mengenai strategi untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta, katanya.

“Sambil respons dasar yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 November bersifat sementara, kita percaya kita juga perlu mengambil peluang ini untuk menangani isu struktural jangka pertengahan dan jangka panjang dan menggubal satu pakej strategik untuk memastikan pertumbuhan pantas ekonomi,” katanya.

Walau pun Malaysia mempunyai fundamental makro ekonomi yang kukuh sistem perbankan dan kewangan yang berketahanan, Abdullah berkata, kesemua ini tidak kebal sepenuhnya.

“Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang sangat terbuka dan kita menjangka untuk mengalami kemelesetan di segi pertumbuhan pada tahun depan,” katanya, sambil menyatakan perkara itu berpunca dari permintaan eksport yang kian mengecil dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih rendah.

Dengan itu, unjuran pertumbuhan telah dikurangkan mengikut jangkaan kepada lima peratus pada tahun ini dan 3.5 peratus bagi 2009, katanya.

Abdullah berkata, China dan India yang mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dua angka baru-baru ini turut bersiap sedia menghadapi kemelesetan.

Katanya, ekonomi yang menerima kesan telah memperkenalkan pelbagai langkah, yang sesetengahnya berbentuk konvensional, untuk menghalang keruntuhan sistem kewangan dan perbankan serta merangsang pertumbuhan ekonomi.

Perdana Menteri berkata, jumlah dana yang besar telah disuntik ke dalam sistem kewangan oleh Amerika Syarikat dan ekonomi zon Euro bagi mengekang aset yang berbahaya, meningkatkan kecairan dan menggerakkan semula pengeluaran pinjaman sesama bank.

China merupakan pihak terbaru mengambil langkah menyediakan pakej merangsang ekonomi apabila negara itu mengumumkan pakej menyelamat AS$586 bilion (AS$1 RM3.53) manakala Jerman menyediakan pakej 500 bilion Euro (1 Euro RM4.54).

Pada 4 November, Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu pakej rangsangan yang mengukuhkan ekonomi, mengukuhkan ketahanan negara dan untuk menampan kegawatan ekonomi global ke atas ekonomi domestik. - Bernama

Mesyuarat majlis ekonomi ketiga akan bincang pertumbuhan ekonomi mampan, kata Abdullah
10/11/2008 3:31pm

 

KUALA LUMPUR 10 Nov. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mempunyai kapasiti untuk memperkenalkan lebih banyak pakej rangsangan tetapi ia tidak boleh membenarkan defisit bajet meningkat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan sebelum itu menganggarkan defisit bajet bagi 2009 sebanyak 3.6 peratus tetapi kini defisit itu akan meningkat kepada 4.8 peratus.

“Jika keadaan membenarkan, kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak pakej.

Bagaimana pun, langkah itu tidak boleh meningkatkan defisit bajet yang lebih tinggi,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi ke-tiga di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib berkata fokus masa ini ialah untuk memastikan langkah dan pengumuman dibuat semasa Bajet 2009 dan di dalam pakej rangsangan yang diumumkan pada minggu lepas dilaksanakan.

Pada 4 November, Najib mengumumkan pakej rangsangan RM7 bilion untuk mengukuhkan ekonomi, mengkukuhkan ketahanan nasional dan menampan ekonomi daripada impak kegawatan ekonomi global.

“Saya berharap menjelang suku pertama tahun depan, perancangan akan mulai dilaksanakan,” katanya.

— BERNAMA

09/11/2008 8:23pm

 

KUALA LUMPUR 9 Nov. - UMNO Bahagian Ampang yang bersidang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk jawatan Naib Presiden.

- Utusan

Najib, Muhammad pilihan Ampang
Siapa taja Anwar PRU 12 ?
 
Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watchv=AJfBY1DDKDY
 
Video 6- Siapa taja Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
THE TRUTH OF ANWAR IBRAHIM
Najib nasihat pemimpin dan akar umbi bermuhasabah
Pesanan Kesyukuran
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT, terharu dan berterima kasih kepada para perwakilan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang telah bersidang dan mencalonkan saya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sesungguhnya kepercayaan yang diberikan oleh Saudara-Saudara semua tidak akan saya hampakan. Tak cukup tapak tangan, nyiru saya tadahkan ucapan terima kasih saya di atas sokongan Saudara-Saudara semua.

Saya berasa sangat terharu dengan jumlah pencalonan yang telah diberikan sehingga melayakkan saya bertanding dalam jangkawaktu hanya tiga hari pertama Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dijalankan. Ini membuktikan bahawa Pemuda sudah berani dan ingin menuntut perubahan yang akan menyelamatkan parti kesayangan kita. Oleh itu, saya harap mesej yang telah Saudara-Saudara sampaikan melalui gelombang perubahan ini disahut baik dan difahami oleh semua pihak, termasuk pihak pembangkang, bahawa sayap penting dalam UMNO ini sudah bersedia untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Saya juga berharap Pemuda UMNO di bahagian-bahagian yang belum bersidang akan terus mencalonkan saya supaya momentum Perubahan, Pemulihan dan Pemerkasaan ini dapat disemarakkan lagi.

Saya berdoa suara akarumbi yang memberikan pencalonan kepada saya tempoh hari di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-bahagian dapat juga diterjemahkan sebagai undi untuk saya di bulan Mac 2009 kelak. Saya percaya perwakilan-perwakilan ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di PWTC nanti akan melaksanakan amanah mereka dengan penuh bertanggungjawab untuk benar-benar mewakili suara pemuda dan mengundi mengikut kehendak perwakilan akarumbi sewaktu Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-bahagian mereka.

Selamat bersidang. Berani Berubah!

-Mukhriz Mahathir
08/11/2008 5:32pm

 

PEKAN 8 Nov. — Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pemimpin tertinggi dan anggota akar umbi UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermuhasabah diri dan melakukan perubahan bagi memenangi kembali sokongan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat sebenarnya tidak menolak UMNO dan BN sebaliknya mereka mahu menghantar mesej kepada kerajaan.

“Apa mesej itu, kita mesti telaah dan mencari rahsianya, kemudian buatlah pembaharuan dan penambahbaikan dan saya yakin Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, rakyat akan bersama UMNO dan BN,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini, hari ini.

Dengan menjadikan pengalaman beliau sebagai peringatan, Najib berkata, beliau pernah menghadapi tekanan pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi kerusi Anggota Parlimen Pekan dengan hanya 241 undi majoriti.

Katanya, beliau kemudian bermuhasabah dan membuat pembaharuan dengan memulakan langkah-langkah positif serta memperkuatkan tekad untuk mengembalikan sokongan rakyat.

Najib berkata, berkat usaha gigih, beliau berjaya memenangi pilihan raya umum berikutnya (2004) dengan jumlah majoriti 22,922. - Bernama

Ucapan Terima Kasih-TPM
Sunday, 02 November 2008

Assalamu'alaikum.

Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian yang telah bersidang, sekaligus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Saya percaya pencalonan ini mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN. Saya berharap agar proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang ini dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur. Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan Negara.

-Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak

Baik UMNO, baiklah rakyat - PM
KEPALA BATAS 9 Nov. - UMNO tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya dalam perjuangannya jika kepimpinannya tidak dibarisi oleh pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, UMNO tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju.

"UMNO tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan peribadi yang lemah.

"Apa yang kita perlukan ialah kepimpinan yang bertanggungjawab, boleh mengelola dan menguruskan parti supaya ia menjadi lebih kuat dan maju," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Oleh itu, beliau menasihatkan anggota parti supaya membuat pilihan dengan berhemah dan tidak hanya memilih pemimpin untuk mengisi jawatan tertentu di peringkat nasional.

Abdullah, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, semua anggota parti perlu menyedari bahawa pemilihan pucuk pimpinan bukan setakat mengisi jawatan tertentu malahan lebih penting lagi memacu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pemilihan ini bukan setakat untuk kemenangan diri bagi calon yang bertanding atau rakan-rakan mereka tetapi UMNO mahu mencari kemenangan untuk parti secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata, mereka yang menjadi perwakilan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan calon yang dipilih mempunyai nilai-nilai yang diperlukan untuk menerajui parti itu.

"Kalau ini berlaku, semua akan jadi baik. Baik UMNO maka baiklah rakyat Malaysia kerana UMNO memperjuangkan semua rakyat berbilang bangsa," katanya.

Beliau juga berharap tempoh lebih tiga bulan menjelang pemilihan parti Mac ini tidak berterusan dicemari dengan politik wang, perbalahan antara calon dan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan imej parti.

"Kita fahami bahawa pemilihan ini merupakan amalan demokrasi dan banyak yang telah diperkatakan tentang pemilihan dan ada yang mengaitkannya dengan politik wang, dan adu domba antara calon.

"Apa pun, kita semua kena ingat apa matlamat perjuangan parti ini dan berusaha untuk mengukuh dan memperkasakannya," katanya.

- Bernama

Abdullah tetap berjuang
KEPALA BATAS 9 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan terus berjuang untuk memperkasa dan memartabatkan UMNO walaupun tidak lagi menerajui parti itu selepas Mac ini.

Presiden UMNO itu berkata, beliau akan berjuang bersama UMNO bahagian Kepala Batas untuk memastikan kerjasama di kalangan ahli parti terus kukuh dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Abdullah yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian itu berkata, beliau akan terus menyuarakan pandangan dan suara akar umbi untuk kebaikan parti.

Ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini, beliau berkata, sumbangan bahagian itu dalam pembentukan dan hala tuju UMNO telah terbukti dan peranan itu akan diperkukuhkan lagi selepas ini.

"Banyak orang tanya adakah ini ucapan good bye saya kepada Kepala Batas tetapi saya kata mana boleh good bye kepada Kepala Batas.

"Sekarang ini, Insya-Allah saya akan ada masa yang lebih daripada dulu untuk Kepala Batas dan kita nak pastikan Kepala Batas tidak ketinggalan dan terus gagah dan kuat," katanya.

Menurutnya, beliau akan berjuang bersama dengan barisan kepimpinan bahagian yang dipilih pada persidangan hari ini untuk memastikan UMNO terus menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

Beliau turut menyorot beberapa sumbangan penting yang dibuat oleh bahagian itu selama ini, antaranya mengusulkan tarikh kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957 dan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Tarikh kemerdekaan itu dicadangkan oleh Allahyarham nendanya, Abdullah Fahim kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj selepas pemimpin itu bertemu dengan ulamak tersohor itu.

Berikutan itu, UMNO Kepala Batas membuat usul supaya tarikh berkenaan dijadikan sebagai tarikh kemerdekaan negara.

Abdullah berkata, idea penubuhan pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO juga lahir di Kepala Batas.

"Sejarah UMNO Kepala Batas adalah sejarah yang gemilang kerana kita terlibat menubuhkan, menguat dan memperkasakan parti itu," katanya.

- Bernama