

Tel : 0162090740 Email : admin@umnobktampg.net
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang

- Ketua UMNO Bahagian Ampang


Benarkah MB Selangor
MB Rakyat kita teliti artikel
Sukarnya bertemu MB, YDP
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
kota@utusan.com.my
AMPANG 24 Jun - Sukarnya untuk berjumpa dengan pemimpin negeri Selangor! Bukan sahaja Menteri Besarnya, malah Yang Dipertua majlis perbandaran pun payah.
Begitulah rungutan Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, AC Lim yang mahu bertemu dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamed Yaacob bagi menyelesaikan masalah penduduk.
Ujarnya, sudah berpuluh-puluh pucuk surat dihantar dan panggilan telefon dibuat kepada pihak berkenaan namun tiada jawapan yang diterimanya.
"Saya yakin bahawa bukan hanya saya sahaja yang terpaksa melalui keadaan seperti ini tetapi ramai pemimpin masyarakat yang lain.
"Walaupun berpuluh-puluh surat dan panggilan telefon telah dibuat namun semuanya sepi tanpa sebarang maklum balas.
"Jika sesukar ini untuk bertemu dengan mereka, bagaimana mereka hendak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat," tegasnya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Pandan Perdana di sini hari ini.
Tambah Lim, dia bukan mahu memburukkan mana-mana pemimpin terbabit, namun pemimpin perlu lebih sensitif terhadap keperluan rakyat dan bersedia bertemu dengan pemimpin kecil seperti beliau.
Jelasnya, sekiranya mereka sukar ditemui, ia jelas menunjukkan yang mereka tidak turun padang dan tidak prihatin tentang masalah yang berlaku terhadap penduduk.
"Terakhir saya menulis surat untuk mengadakan temu janji dengan Menteri Besar Selangor adalah bulan Mei lalu namun sehingga kini tiada jawapan yang diterima.
"Bukan saya tidak mahu berjumpa dengan Ahli Parlimen kawasan ini namun jika saya berjumpa dengannya sekalipun tidak banyak yang mampu beliau buat.
"Jadi sudah pasti masalah penduduk di sini tidak dapat diselesaikan memandangkan kuasa berada di tangan Menteri Besar," jelasnya.
Ditanya tentang masalah utama yang akan dibawa berbincang sekiranya dapat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Lim berkata, penduduk mahu isu pusat latihan golf (driving range) yang didirikan berhampiran rumah penduduk ditamatkan operasinya.
Ini kerana, ujarnya, kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan tempat latihan golf kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan.
Jelasnya, sebelum ini, sudah beberapa kenderaan dan tingkap rumah penduduk pecah akibat terkena bola golf yang dipukul oleh pengunjung pusat permainan tersebut.
"Perkara ini sememangnya telah beberapa kali saya panjangkan kepada MPAJ, namun mereka tidak dapat bertindak kerana sering mendakwa ia di luar bidang mereka.
"Oleh itu, saya amat berharap dapat menemui Menteri Besar untuk menceritakan tentang masalah ini secara terus kepada beliau," ujarnya.
KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prinsip meritokrasi akan digunakan dalam menilai pemberian bantuan kepada sesebuah syarikat bumiputera iaitu membantu yang terbaik.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan tidak boleh lagi berterusan memberi bantuan secara sama rata kepada semua usahawan bumiputera.
"Mungkin kesilapan atau kelemahan kita selama ini apabila kita tabur bantuan ini secara sama rata, kita tolong Melayu yang baik, Melayu yang tak berapa baik, pelobi, semua kita tolong.
"Sampaikan ada yang bila sudah dapat kontrak, dia kira itu yang penting. Bukan dia fikir untuk jayakan. Sebab itu dia nak jual sampai kadang-kadang dapat saja kontrak sudah ada orang tunggu untuk urusan jual beli.
"Jadi selepas itu kita gaduh kenapa tak capai sasaran 30 peratus. Kenapa? Kerana ketirisan yang cukup besar. Ia bukan sebab pembahagian kontrak. Perangkaan pembahagian sudah cantik tetapi pelaksanaan kontrak itu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan majlis Makan Malam Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) 2009 di sebuah hotel di sini malam ini.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan secara rasmi penubuhan Yayasan Kajian Pembangunan DPMM (YKPD).
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Presiden DPMM, Syed Ali Alattas.
Sementara itu, Najib berkata, soal usahawan yang hanya mahukan kontrak sebenarnya satu kisah sedih kepada dunia perniagaan orang Melayu.
Sedangkan, katanya, jika mereka mahu berjaya, para usahawan Melayu harus berani melakukan perubahan dengan menjadi seorang usahawan dalam erti kata yang sebenar.
"Usahawan bukan bererti dapat kontrak. Anda adalah usahawan jika dapat kontrak dan kemudian kita laksanakan kontrak itu dengan jerih payah sendiri, jayakan kontrak itu dan tunaikan janji kita dan jadi usahawan yang disifatkan sebagai berjaya," tegasnya
Menurut Perdana Menteri, untuk mencapai agihan yang saksama di negara ini maka usahawan bumiputera perlu menyusun langkah secara kreatif dengan menceburi perniagaan yang berpotensi pada masa depan.
Katanya, sebab itu orang Melayu tidak boleh lagi terperangkap dalam perniagaan bersifat hari ini dan semalam sebaliknya mesti menceburi perniagaan untuk esok.
Jelasnya, ini kerana perniagaan seperti itu mempunyai keupayaan untuk berkembang dan seterusnya membolehkan usahawan Melayu mendapat lonjakan berganda.
"Bukan saja kerajaan tetapi orang Melayu juga perlu ada model ekonomi baru berasaskan kemampuan dan kesungguhan serta keyakinan untuk melakukan transformasi kepada cara kita menjalankan perniagaan.
"Saya percaya masih belum terlambat untuk melakukan perkara ini dan apabila model ekonomi baru dilaksanakan mudah-mudahan syarikat bumiputera akan lebih maju. Ini harapan saya," ujarnya.
Lagi
14 kes selesema babi. Oleh ZABRY MOHAMAD pengarang@utusan.com.my. PUTRAJAYA 26
Jun - Malaysia mencatatkan 14 kes baru jangkitan selesema babi atau influenza A
(H1N1) hari ini, iaitu jumlah tertinggi setakat ini.Kesemua kes baru itu
melibatkan 10 rakyat Malaysia dan empat warga asing, iaitu Australia (3) serta
27/06/2009
- size 4008 bytes
H1N1:
11 lagi kes baru. Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN pengarang@utusan.com.my. Membabitkan
lapan kes import dan tiga tempatan.. Mencatatkan 91 kes keseluruhan setakat
ini.. 56 kes masih di wad, 35 dibenar keluar hospital.. Anak Timbalan Ketua
Menteri Sabah antara yang positif..
26/06/2009
- size 3363 bytes
11
lagi kes baru H1N1. 25/06/2009 1:55pm. PUTRAJAYA 25 Jun - Kes selesema babi
influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan 11 lagi kes baru
dikesan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia membabitkan
lapan kes import dan tiga jangkitan tempatan.
25/06/2009
- size 919 bytes
Dua belas kes baru H1N1 dikesan
Dua
belas kes baru H1N1 dikesan. 24/06/2009 2:09pm. PUTRAJAYA 24 Jun — Sebanyak 12
kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sepanjang 24 jam lalu, dengan 10 kes import
baru dan tambahan dua jangkitan tempatan.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr
Mohd Ismail Merican berkata daripada keseluruhan kes yang dikesa
24/06/2009
- size 1489 bytes
Kes melibatkan H1N1 atau Selsema babi
APAKAH TINDAKAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Projek babi mega
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
SEPANG 22 Julai - Kerajaan Selangor didakwa telah membuat kesilapan besar dan tidak peka dengan sensitiviti penduduk Islam apabila bertegas mahu melaksanakan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk.
Penduduk sekitar Tanjung Sepat yang bakal terjejas ekoran pelaksanaan projek mega itu turut mempersoalkan kewajaran kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan projek mega itu di kawasan mereka.
Keputusan meneruskan projek di situ tegas mereka juga memperlihatkan banyak pertentangan dengan perancangan sedia ada kerajaan negeri dalam memajukan sosio ekonomi penduduk di kawasan terbabit.
Ketua Kampung Tanjung Sepat, Mohamad Sajuri@Farouk Amron, 60, berkata, pihaknya sedih kerana kerajaan negeri tidak mendengar rintihan mereka selaku penduduk asal di kawasan itu.
"Saya tidak sangka projek ini diteruskan tanpa mengira pandangan atau sekadar mendengar luahan kami selaku penduduk asal di sini. Saya cabar mereka datang sendiri tengok kawasan di sini. Mereka tidak pernah datang pun sebelum ini meninjau keadaan penempatan yang rata-rata didiami kaum Melayu Islam," katanya yang sudah 60 tahun menetap di daerah itu.
Semalam, Kerajaan negeri Selangor mempertahankan keputusan untuk mengekalkan pembinaan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di sini walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.
Seorang lagi penduduk, Jamian Mad Ikram, 71, berkata, beliau keliru dengan misi kerajaan negeri untuk menjadikan daerah Sepang sebagai pusat pelancongan tetapi pada masa sama mahu menjadikannya pusat ternakan babi terbesar.
"Saya percaya jika projek ini diteruskan, daerah Sepang tidak mungkin akan jadi daya tarikan pelancong lagi malah akan terkubur begitu sahaja," katanya.
Salbiah Ahmad, 56, pula meminta kerajaan negeri mengadakan dialog bersama penduduk bagi memberi taklimat mengenai sistem yang kononnya dikatakan canggih tanpa menjejaskan tahap kebersihan sungai atau persekitaran.
"Tunjukkan kepada kami laporan alam sekitar secara lengkap dan menyeluruh, biar kami menilai sendiri projek RM100 juta itu, bukan buat keputusan sesama mereka sahaja," jelasnya.
Abdul Wahab Ahmad, 59, pula memberitahu, sumber pendapatan penduduk mungkin akan terjejas ekoran projek ternakan besar- besaran itu.
"Kebanyakan penduduk di sini menjalankan perniagaan berteraskan makanan laut. Sekiranya air sungai sudah tercemar, hidupan laut akan mati lalu menyebabkan kami hilang sumber pendapatan.
"Saya harap mereka jangan lihat kepada keuntungan semata-mata tanpa memikirkan masalah penduduk," katanya.
Seorang lagi penduduk, Juwita Miswan, 38, tidak mahu masalah virus Nipah yang pernah melanda penduduk sempadan daerah Sepang beberapa tahun lalu kembali menyerang penduduk di sini.
"Sejauh mana mereka dapat menjamin virus ini tidak merebak? Takkan mereka mahu tunggu ada kematian baru nak kaji semula projek ini," katanya.
Seorang pegawai bank, Abu Bakar Ahmad, 45, memberi cadangan supaya projek tersebut dibina di tempat yang jauh daripada penempatan penduduk bagi mengelak berlaku pencemaran.
''Banyak lagi tempat yang sesuai sekiranya mereka memikirkan soal keperluan kaum lain bagi projek ternakan ini," katanya.
DAN PASTI AKAN ADA KENAIKAN KES H1N1 ATAU SELSEMA BABI DI MASA AKAN DATANG PERSOALANNYA :
